QARI-QARI TERMASYHUR DUNIA SYEIKH MUSTAFA ISMAIL Syeikh
Mustafa Ismail adalah antara para qari yang gah namanya diseluruh pelusuk dunia
Islam. Khalayak taranum dan ahli lagu Quran akan mengerumuni mereka untuk
mendengar alunan ayat-ayat al-Quran dari mereka. Dikatakan beliau menepati
telahan firasat Syeikh Muhammad Rif’at qari tersohor ketika itu di seluruh
Mesir. Siapakah sebenarnya Syeikh Mustafa Ismail? Apakah yang anda tahu
mengenai kembaranya bersama al-Quran ‘ul-Karim? Ia bermula dari sebuah kampong
Mit Ghazal Muhafazah Al-Gharbiyyah, Mesir, di mana beliau dilahirkan pada tahun
1322H=1905M dari keluarga yang berkedudukan di kampong tersebut. Sejak awal
usianya, bapanya telah menghantarnya berguru di kelas tahfiz al-Quran (Kuttab).
Biarpun sebagai kebiasaan kanak-kanak beliau bertapi-tapi namun beliau akhirnya
Berjaya menghafaz keseleruhan al-Quran seusia 12 tahun. Kemudian bermulalah
populariti beliau menyerlah menerusi siri bacaan yang diperdengarkan di
masjid-masjid dan lainnya yang mempertemukan beliau dengan Syeikh Muhammad
Rif’at yang turut mendengar bacaannya. Syeikh Rif’at telah memberi galakan dan
memuji cara persembahannya seterusnya mengesyorkan beliau meneruskan pembacaan
setelah mendalami ilmu tajwid dan seni membaca al-Quran. Atas nasihat tersebut
Syeikh Mustafa telah mendalami ilmu tajwid dengan berguru kepada Syeikh Mahmud
Hashish seorang yang pakar dalam bidang tersebut ketika itu, juga salah seorang
qari lepasan Maahad Al-Ahmadi yang menyatakan kesediaan untuk memberi tunjuk
ajar hingga usaha-usaha ini telah membuahkan hasil yang cemerlang. Meskipun
Syeikh Mustafa merupakan salah seorang peminat yang mengagumi suara Syeikh
Muhammad Rif’at, Syeikh Abdul Fattah Asy-Sya’sya’i dan qari-qari tersohor
lainnya namun demikian beliau mula merintis haluannya sendiri sehingga berjaya
mencipta aliran beliau sendiri dengan cara yang berbeza dari qari lainnya.
Selepas itu beliau ditakdirkan mengunjungi kota Kaherah dan memperdengarkan
bacaannya di Jamek Al-Azhar. Menerusi pembacaan inilah namanya mulai gah dan
dikenali ramai dan dengan demikian beliau telah disahkan sebagai qari Radio
Mesir dan sebelum itu beliau secara rasmi dilantik sebagai Qari Istana. Syeikh
Mustafa Ismail terkenal dengan kemerduan suara dan kemantapan bacaannya. Selain
terkenal sebagai qari yang punya nafas panjang dalam bacaan berlagu. Beliau
mempunya aliran baru dalam gaya bacaan dan tajwid. Syeikh Mustafa telah merakam
30 juzuk al-Quran secara tartil bacaan suaranya dan juga telah mengabadikan
berbagai rakaman bacaanya secara mujawwad yang hingga kini masih dikumandangkan
oleh Radio Al-Quran Mesir setiap pagi dan petang.
No comments:
Post a Comment